Tuesday, 2 February 2010

Alahai kesian blog ni...
Dh lama tak update...
Maaf... sibuk dan malas bercampur2.
Dan hari ini, saya kembali.

Hari ni cuma mahu merapu
Tak kira la apa-apa pun
Cuma nak cakap apa ada dalam hati
Apa yang belum sempat terucap

Untuk "KAMU"
Hari ni sedikit kesal
Perancangan tak berjalan seperti yang dirancang
Apakah cuma saya yang beriya merancang seorang?
Tapi tak mengapa saya cuba faham situasi
Dalam hati mahu curi sedikit waktu kamu untuk bersama
Tapi saya bukanlah seorang perebut handalan
Saya tewas ditangan sahabat sendiri
Sekali lagi merelakan dalam terpaksa
Jadi, pergilah saya tak kisah
Legakan hatinya sebelum hati ini
Saya dah biasa memendam rasa
Semuanya untuk awak
Mungkin ini membinasakan saya
Tapi saya buat untuk awak
Janji awak bahagia
Biar saya makan segala rasa
Kunyah segala perasaan yang hadir
Kamu jangan bimbang
Sahabat lebih penting buat kamu?
Baiklah.


p/s: HA! merapu lagi...biarlah...

Sunday, 27 December 2009

Mood terlalu jauh jatuhnya
Hari terlalu lembab mulanya
Aku terlalu hilang rajinnya
Bijak semakin bodoh rasanya
Kerja banyak dari sikit
Siap lebih kurang dari tak selesai
Yang lebih cuma rindu aku pada dia

Haih...
Apa nak jadi ni Ain
Sihat kamu kurang sikit dari sejahtera
Akibatnya semua kerja tergendala

Sekian. -_-"

p/s: entah apa-apa saya rapukan.

Wednesday, 16 December 2009

Semalam...
Hari tua si Y'len yang ke-21.
Jadi... saya nak juga ucap sekali lagi;

SELAMAT HARI JADI BUDAK!!! :)

Acara sambutan bertemakan GILA-GILA SURPRISE
Plan baik punya dengan adik saya Ain Shahiera~~
Majlis sambutan pada hari Selasa tepat pada hari tuanya.
Sejak Ahad lagi otak telah mula merancang.

Q1: Macam mana kalau dia tau? (sebab dah memang buat tepat pada hari tuanya)
Q2: Macam mana nak bawa dia ke tempat kejadian tanpa dikesan? (harusnya bukan saya)
Q3:Macam mana saya nak elakkan diri dari dia untuk surprise? (sebab kami sama kelas)

Huhu macam-macam yang dirancang. Akhirnya siap juga.


Skema jawapan;

A 1: dia tak akan tahu sebab masih mengucapkan selamat hari tua dengan bangganya~
A 2: En R sedia membantu dengan beralasankan "mahu jumpa buyer keretanya, jadi En Y'len diharapkan boleh menemani" (best sangat alasan ni.hehe)
A 3: hantar saja sms berupa "sy balik dulu la ye, tak berapa sihat la, lagi pun awk nk teman R jumpa buyer kereta lepas kelas kan. babai" (kecewanya hati dia, sorry terpaksa)

Akhirnya kejutan berjaya dilaksanakan tanpa dikesan oleh birthday boy yang konon hebat boleh detect setiap perancangan kejutan. Hehe~ dan dia sangat tergamam di tempat kejadian...


Sekarang baru boleh kata; SUCCESS!!!


-------------------------------------------------------------------------------------


Gambar kenangan:













p/s: seharian bekerja keras menjayakan majlis, membiarkan diri dengan risiko dimarah bday boy, akhirnya segala penat lelah berbaloi. Badan memang penat, tapi hati HAPPY!

pp/s: muka saya comot! muka selekeh sbb asyik berlari ke sana-sini utk preparation. Malunya ya ampunnn~

Thursday, 10 December 2009

Runsing, sila pergi jauh~~
Tak perlukan stress untuk jiwa~~
Hanya gembira yang dituntut~~
Hanya bahagia yang dirancang~~

p/s: sorry mlm ni emo lebih... tension fikir akan berusaha untuk tabah kan hati menuntut ilmu yang sememangnya memerlukan motivasi selama beberapa minggu dikala ketiadaan dia~~

Wednesday, 2 December 2009

2 Disember 2009. SEMUANYA di sini...

*Happy 1st Birthday to baby chomel mak lang, Aiman Syazwan~~ <3

*Adk sedara ku Aiman Syukri & Aiman Syamil dh blh geng dgn Fuad & Farhan <3

*2hb yg ke-4 (^_^) <3 (^_^)

Hati yang tak berpendirian

Itu cuma cerita lampau

Bercalit nila biru kehitaman

Hati itu sudah ku campakkan

Buktinya cuba kau lihat

Aku ada hati yang lebih cantik

Yang lebih menghargai hati manusia

Dan dia yang aku kasihkan

Cuma dia~~


p/s: ahaaaa apakah? mengapakah terwujudnya entri sebegini???

Saturday, 28 November 2009

Bila aku senyum,
Tak bermakna aku senang.

Bila aku bergelak-tawa,
Tak bererti aku girang.

Bila aku muram,
Tak bermakna aku dilukai.

Bila aku suram,
Belum tentu aku sedih.

Bila aku diam,
Itu maknanya berjuta warna di dalam.


p/s: manusia merapu rapik bila emosi keterlaluan?

Friday, 27 November 2009



~~Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha~~

;;